Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri

SKIM BAHARU DI BAWAH PERKESO


Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri. Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas pemandu teksi dan perkhidmatan seumpamanya di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Akta ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017. Tempoh perlindungan adalah selama 12 bulan mulai dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi cetakan pada resit bayaran caruman.


Apa itu Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri?



Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan. Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada pemandu teksi dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

TENTANG SKIM BENCANA KERJA PEKERJAAN SENDIRI

Jenis Perkhidmatan Teksi atau Perkhidmatan Seumpamanya di Malaysia

Teksi Bajet, Teksi Eksekutif, Limosin, Teksi Lapangan Terbang, Kereta Sewa, Perkhidmatan yang seumpamanya (Uber/Grab Car/e-hailing)

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap; dan
  • Berdaftar dengan JPJ, SPAD atau LPKP (Sabah dan Sarawak) atau perkhidmatan e-hailing; dan
  • Mempunyai lesen memandu yang sah; dan
  • Mempunyai kad pemandu teksi (SPAD) atau surat kebenaran dari LPKP yang masih sah laku atau dokumen/maklumat bukti berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing

Jadual Pilihan Caruman

Kadar caruman berdasarkan opsyen pilihan pendapatan bulanan diinsuranskan.

Pilihan Anggaran Pendapatan Bulanan Diinsuranskan Bayaran Caruman Setahun
1 RM1050 RM157.20
2 RM1550 RM232.80
3 RM2950 RM442.80
4 RM3950 RM592.80

Pembayaran Caruman

  • Pembayaran caruman secara tahunan
  • Pembayaran caruman boleh dibuat secara tunai di semua Pejabat PERKESO seluruh Negara.
  • Pembayaran juga boleh dibuat secara online melalui perbankan internet di www.iperkeso.my
  • Langkah-langkah pembayaran secara online adalah seperti berikut;
    1. Lengkapkan proses pendaftaran iPERKESO
    2. Pilih pembayaran melalui “Financial Process Exchange” (FPX)
    3. Cetak resit sebagai bukti bayaran

Dokumen Diperlukan

  • Lesen Memandu
  • Kad PSV atau Kad Pemandu (SPAD)/ Surat kebenaran dari LPKP (Sabah dan Sarawak) yang masih sah laku atau dokumen/maklumat bukti berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing.

FAEDAH-FAEDAH DI BAWAH SKIM BENCANA KERJA PEKERJAAN SENDIRI

Faedah yang Disediakan

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Faedah Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pemulihan
  • Faedah Pinjaman Pendidikan

Faedah Perubatan

  • Orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana kerja boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau
  • Membuat tuntutan bayaran ganti belanja di Pejabat PERKESO.

Faedah Hilang Upaya Sementara

  • Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
  • Perlu mengemukakan sijil cuti sakit
  • Minima RM30.00 sehari
  • Maksima RM105.33 sehari

Faedah Hilang Upaya Kekal

  • Hilang Upaya Kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tarikh terakhir hilang upaya sementara.
  • Taksiran hilang upaya kekal oleh Penilai Perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Terdapat bayaran berkala sekiranya peratus penilaian kecacatan melebihi 20%
  • Kadar bayaran sebanyak 90% dari anggaran pendapatan bulanan yang diinsuranskan

Faedah Elaun Layanan Sentiasa

  • Elaun yang diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang tidak berdaya dengan teruknya sehingga memerlukan layanan tersendiri oleh orang lain.
  • Disyorkan oleh Penilai Perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan
  • Elaun bulanan sebanyak RM500.00

Faedah Orang Tanggungan

  • Faedah Orang Tanggungan dibayar secara berkala kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana kerja.
  • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada purata pendapatan bulanan yang diinsuranskan.

Orang Tanggungan yang Layak

  • Balu atau duda atau anak berumur di bawah 21 tahun
  • Jika tiada balu, duda atau anak
    1. Adik-beradik berumur dibawah 21 tahun; dan
    2. Ibu atau bapa; atau
    3. Datuk atau nenek (Jika ibu/bapa meninggal dunia)
  • Duda/balu, ibu/bapa, datuk/nenek menerima faedah seumur hidup
  • Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)

Faedah Pengurusan Mayat

Faedah Pengurusan Mayat dibayar kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan atau semasa menerima faedah hilang upaya.

Faedah Pemulihan

  • Pemulihan jasmani seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, rawatan hemodialisis, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, pampers dan lain-lain.
  • Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain.

Faedah Pinjaman Pendidikan

Faedah pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak tanggungan penerima Faedah Berkala PERKESO dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan

Pegawai Untuk Dihubungi:-
1.Marwan Ibrahim012 611 9406
2.Yuhanisak Hamdan012 607 1930
3.Tengku Zarhana019 358 7592
4.Nurul Asyikin019 358 3892